NOTA


FAKTOR IKLIM ( HUJAN)

KESAN HUJAN/AIR





  • Fotosintesis


Air merupakan unsur yang sangat penting untuk 
proses fotosintesis tumbuhan.
Proses fotosintesis ialah satu proses tumbuhan
 menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada
 karbon dioksida, air dan cahaya matahari. 
Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah : 

                                       Klorofil
Karbon Dioksida + Air      →          Karbohidrat + Air + Oksigen
                                         Cahaya

Kekurangan air menyebabkan liang stoma pada 

tumbuhan tertutup, menyebabkan penyerapan gas 
CO2  berkurang oleh daun menyebabkan kadar         
fotosintesis menjadi rendah.


  • Translokasi nutrien

Air juga penting dalam proses penyerapan dan pengangkutan nutrien dari akar pokok ke bahagian-bahagian pokok yang lain. Proses penyerapan ialah kemasukan air tanah kedalam akar dan translokasi pula ialah pengangkutan bahan keperluan untuk pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian lain.

Proses pengangkutan air dan bahan terlarut diserap dari bahagian akar pokok ke bahagian- bahagian lain seperti batang, ranting dan daun melalui xylem.

Pada phloem pula, bahan yang tersintesis di daun diangkut ke bahagian yang lain melaluinya. 

Proses ini akan berlaku jika adanya air untuk proses penyerapan dan translokasi nutrien. 


  • Transpirasi 

Merupakan proses penyejatan air tanaman. Proses ini juga menggalakkan penyerapan nutrien. oleh itu, air berperanan sebagai pelarut utama nutrien. Air akan hilang melalui stomata dan daun untuk menghilangkan  haba dan menyejukkan suhu tanaman. 



Proses ini berlaku pada keadaan suhu persekitaran
 yang tinggi, dan kelembapan udara yang rendah. 

Kekurangan air menyebabkan proses transpirasi 

tidak berlaku/kurang berlaku seperti selepas
 hujan atau awal pagi.


  • Kesegahan Sel

Jika pokok menpunyai kadar air yang mencukupi,
 maka sel akan mengalami kesegahan.

Ini membantu tumbuhan untuk menerima cahaya  kerana daun yang mengalami kesegahan akan berkembang dengan sempurna.Kadar fotosintesis juga akan meningkat. 

Hal ni dapat meningkatkan hasil tanaman kerana tumbuhan dapat membuat proses penghasilan makanan yang mencukupi. 





KAEDAH UNTUK MENDAPAT AIR YANG MENCUKUPI



  • Menanam pada masa yang sesuai
    •  elakkan menanam pada musim banjir atau kemarau
    • menanam pada permulaan musim hujan
  • Melakukan penyaliran yang sesuai
    • Mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman menggunakan pam
    • Untuk memastikan oksigen dalam tanah adalah mencukupi
    • Contohnya, membuat  salur parit seperti parit tulang,parit rawak dan parit selari
  • Melakukan pengairan yang sesuai
    • Dengan membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
    • Seperti sistem pengairan titisan dan pengairan percikan.



No comments:

Post a Comment